PERISYTIHARAN HAK ASASI MANUSIA SEJAGAT
MUKADDUMAH
Bahawasanya pengiktirafan keutuhan kemuliaan dan hak samarata serta asasi yang tak
terpisah bagi seluruh umat manusia adalah asas kebebasan,keadilan dan kedamaian dunia.
Bahawasanya pengabaian serta penghinaan terhadap hak asasi manusia telah pun
mengakibatkan tindakan terkutuk yang telah melanggari perasaan hati umat manusia, dan
munculnya sebuah dunia di mana manusia akan menikmati kebebasan berucap dan menganut
kepercayaan serta kebebasan dari rasatakut dan citarasa telah pun diisytiharkan sebagai
aspirasi toragung seluruh umat manusia.
Sekiranya kita tidak mahu mendorong manusia dalam keadaan terdesak, sebagai pilihan
terakhir, memberontak mementang kezaliman serta penindasan, maka adalah penting bagi hak
asasi manusia dipertahankan oleh kedaulatan undang-undang.
Bahawasanya adalah penting bagi memajukan perkembangan perhubungan persahabatan di
antara negara-negara.
Bahawasanya rakyat Bangsa-Bangsa Bersatu, dalam Piagamnya telah sekali lagi menegaskan
kepercayaan mereka terhadap hak asasi manusia, terhadap kemuliaan serta nilaidiri manusia
dan terhadap hak samarata lelaki dan perempuan dan telah menetapkan keazaman untuk
memajukan perkembangan sosial dan taraf hidup yang lebih sempurna dalam suasana kebebasan
yang lebih luas.
Bahawasanya Negara-Negara Anggota telah berikrar untuk masing-masing mencapai, dengan
kerjasama Bangsa-Bangsa Bersatu, pengutaraan kehormatan sejagat terhadap, serta pematuhan,
hak asasi manusia dan kebebasan asasi.
Bahawasanya satu fahaman bersama terhadap hak serta kebebasan ini seluruhnya adalah
terpenting demi menjadikan ikrar ini kenyataan sepenuhnya. MAKA DENGAN INI
Perhimpunan agung mengisytiharkan
Perisytiharan sejagat hak asasi manusia ini sebagai suatu ukuran bersama terhadap
pencapaian oleh seluruh umat manusia dan kesemua negara dengan tujuan supaya setiap
individu dan setiap badan masyarakat, dengan senantiasa mengingati Perisytiharan ini,
hendaklah berazam melalui pengajaran dan pendidikan bagi memajukan sanjungan terhadap
seluruh hak-hak dan kebebasan ini dan secara langkah-langkah berperingkat-peringkat, di
bidang negara dan antarabangsa, bagi menjaminkan pengkitirafan dan pematuhan sejagatnya
yang berkesan, kedua-duanya di antara negara-negara anggota masing-masing dan rakyat
wilayah-wilayah di bawah bidangkuasa mereka.
Perkara 1.
Semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan hak-hak. Mereka
mempunyai pemikiran dan perasaan hati dan hendaklah bertindak di antara satu sama lain
dengan semangat persaudaraan.
Perkara 2.
Setiap orang adalah berhak kepada semua hak-hak dan kebebasan yang termaktub dalam
Perisytiharan ini, tanpa sebarang apa jua pembezaan, seperti bangsa, warna kulit, jantina,
bahasa, ugama, faham politik atau lain-lain fahaman, asal-usul bangsa keturunan atau
sosial harta-benda, kelahiran atau apa-apa taraf lain.
Seterusnya, tiada sebarang pembezaan boleh dibuat berasaskan pada taraf politik atau
bidangkuasa ataupun antarabangsa sesebuah negara atau wilayah datangnya seseorang itu,
sama ianya merdeka, beraĆ¹anah, tanpa pemerintahan sendiri atau berada di bawah apa-apa
sekatan kedaulatan lainnya.
Perkara 3.
Setiap orang adalah berhak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri.
Perkara 4.
Tiada sesiapa pun boleh diperhamba atau diperabdikan; keabdian dan dagangan hamba abdi
hendaklah dilarang dalam semua bentuknya.
Perkara 5.
Tiada sesiapa pun boleh dikenakan seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak
berperikemanusiaan atau menghinakan.
Perkara 6.
Setiap orang adalah berhak kepada pengiktirafan di mana jua sebagai seorang insan di
sisi undang-undang.
Perkara 7.
Semua orang adalah samarata di sisi undang-undang dan berhak tanpa apa-apa pembezaan
kepada perlindungan yang samarata di sisi undang-undang. Semua orang adalah berhak kepada
perlindungan yang samarata daripada sebarang pembazaan yang melanggar Perisytiharan ini
dan daripada sebarang hasutan terhadap pembezaan sedemikian.
Perkara 8.
Setiap orang adalah berhak kepada pemulihan yang berkesan oleh tribunal-tribunal
kebangsaan yang kompeten terhadap tindakan-tindakan yang melanggar hak-hak asasi yang
diberikannya oleh perlembagaan atau oleh undang-undang.
Perkara 9.
Tiada sesiapa pun boleh dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara
sewenang-wenangnya.
Perkara 10.
Setiap orang adalah berhak dengan samarata sepenuhnya kepada pembicaraan adil dan
terbuka oleh suatu tribunal bebas dan saksama, dalam penetapan hak-hak dan tanggungannya
dan sebarang tuduhan jenayah terhadapnya.
Perkara 11.
- Setiap orang yang dituduh dengan kesalahan keseksaan adalah berhak dianggap tidak salah
sehingga dibuktikan salah menurut undang-undang di dalam perbicaraan terbuka di mana dia
telah diberikan segala jaminan yang perlu untuk pembelaannya.
- Tiada sesiapa pun boleh diputuskan bersalah atas sebarang kesalahan keseksaan oleh
kerana sebarang tindakan atau ketinggalan yang tidak merupakan suatu kesalahan kesiksaan,
di sisi undang-undang kebangsaan atau antarabangsa, pada masa ianya dilakukan. Tiada pula
boleh dikenakan sebarang hukuman yang lebih berat dari hukuman yang terpakai ketika
kesalahan keseksaan itu dilakukan.
Perkara 12.
Tiada sesiapa pun yang boleh dikenakan kepada sebarang gangguan sewenang-wenangnya
terhadap keadaan peribadi, keluarga, rumahtangga atau surat-menyuratnya, atau percerobohan
ke atas maruah dan nama baiknya. Setiap orang berhak kepada perlindungan undang-undang
terhadap gangguan atau percerobohan sedemikian.
Perkara 13.
- Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan bergerak dan bermastautin di dalam sempadan
sesebuah negara.
- Setiap orang berhak meninggalkan mana-mana negara, termasuk negaranya sendiri,dan
kembali semula ke negaranya.
Perkara 14.
- Setiap orang berhak memohon dan menikmati perlindungan politik dalam negara lain
daripada sebarang aniaya.
- Hak ini tidak boleh dituntut bagi pendakwaan yang benar-benar timbul daripada kesalahan
bukan politik atau daripada tindakan yang bertentangan dengan tujuan-tujuan dan
prinsip-prinsip Bangsa-Bangsa Bersatu.
Perkara 15.
- Setiap orang adalah berhak kepada suatu kewarganegaraan.
- Tiada sesiapa pun boleh dilucutkan kewarganegaraannya secara sewenangwenangnya atau
dinafikan hak menukar kewarganegaraanya.
Perkara 16.
- Lelaki dan perempuan dewasa, tanpa mengira bangsa, kewarganegaraan atau ugama, berhak
berkahwin dan menubuhkan keluarga. Mereka adalah berhak kepada hak-hak samarata berhubung
dengan perkahwinan, dalam tempoh masa perkahwinan dan pada pembubarannya.
- Perkahwinan hanya boleh dilaksanakan dengan persetujuan bebas dan sepenuhnya oleh
pihak-pihak yang bercadang untuk berkahwin.
- Keluarga adalah yunit kumpulan semulajadi dan asasi dalam masyarakat dan adalah berhak
kepada perlindungan oleh masyarakat dan Negara.
Perkara 17.
- Setiap orang berhak memiliki harta secara bersendirian serta secara berkongsi dengan
orang lain.
- Tiada sesiapa pun boleh dilucutkan harta-bendanya secara sewenang-wenangnya.
Perkara 18.
Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berfikir, perasaan hati dan ugama; hak ini
termasuklah kebebasan menukar ugama atau kepercayaannya, dan kebebasan, samada secara
bersendirian atau secara bersama-sama dengan orang-orang lain dan secara terbuka atau
bersendiri, menganuti ugama atau kepercayaannya melalui pengajaran, amalan, pemujaan dan
pematuhan.
Perkara 19.
Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini
termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan
menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan.
Perkara 20.
- Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan
persatuan.
- Tiada sesiapa pun boleh dipaksa menjadi ahli mana-mana pertubuhan.
Perkara 21.
- Setiap orang berhak mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau
melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas.
- Setiap orang adalah berhak kepada peluang samarata kepada perkhidmatan awam dalam
negaranya.
- Kemahuan rakyat hendaklah menjadi asas kewibawaan kerajaan; kemahuan ini hendaklah
dibuktikan melalui pilihanraya berkala yang sejati yang mana hendaklah diadakan secara
sejagat dan samarata dan hendaklah diadakan secara undi sulit atau melalui acara
pengundian bebas yang ketara.
Perkara 22.
Setiap orang, sebagai anggota masyarakat, adalah berhak kepada keselamatan sosial dans
berhak menjadikan suatu kenyataan, melalui usaha negara dan kerjasama antara-bangsa dan
menurut organisai dan sumber-sumber dalam negara masing-masing, hak-hak ekonomi, sosial
dan kebudayaan yang termesti bagi kemuliaannya dan perkembangan bebas keperibadiannya.
Perkara 23.
- Setiap orang adalah berhak kepada pekerjaan, kepada pemilihan pekerjaannya secara bebas,
kepada keadaan-keadaan pekerjaan yang adil dan berfaedah baginya dan kepada perlindungan
daripada pengangguran.
- Setiap orang, tanpa sebarang pembezaan, adalah berhak kepada penggajian yang sama bagi
kerja yang sama.
- Setiap orang yang bekerja adalah berhak kepada pembayaran saraan yang adil dan berfaedah
baginya yang mana mempastikan buat diri dan keluarganya suatu kehidupan sesuai dengan
kemuliaan manusia, dan yang mana ditambah, jika pertu, oleh cara-cara perlindungan sosial
yang lainnya.
- Setiap orang berhak menubuh dan menjadi ahli kesatuan sekerja bagi memperlindungi
kepentingan-kepentingannya.
Perkara 24
Setiap orang adalah berhak kepada rihat dan masa lapang, termasuk batasan munasabah
keatas masa bekerja dan cuti bergaji yang berkala.
Perkara 25
- Setiap orang adalah berhak kepada suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan
kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah makanan, pakaian, perumahan dan pengawasan
perubatan serta perkhidmatan sosial yang perlu, dan berhak kepada perlindungan ketika
berlakunya pengangguran, kesakitan, ketidakupayaan, diperjandaan, keuzuran atau lain-lain
kekurangan kehidupan dalam keadaan di luar kawalannya.
- Ibu dan anak adalah berhak kepada jagaan serta bantuan khas. Semua kanak-kanak, samada
dilahirkan di dalam maupun di luar nikah, hendaklah menikmati perlindungan sosial yang
sama.
Perkara 26.
- 1)Setiap orang adalah berhak kepada pelajaran. Pelajaran hendaklah diberikan percuma,
sekurang-kurangnya pada peringkat awal dan asasnya. Pelajaran peringkat awal hendaklah
diwajibkan. Pelajaran teknikal serta profesional hendaklah disediakan untuk umum dan
pelajaran tinggi hendaklah mempunyai akses yang samarata kepada semua orang atas dasar
kebolehan.
- Pelajaran hendaklah ditujukan kepada perkembangan sepenuhnya keperibadian manusia dan ke
arah memperkukuhkan lagi rasa hormat bagi hak-hak dan kebebasan asasi manusia, lanya
hendaklah memupuk persefahaman, kesabaran dan persahabatan di kalangan semua negara,
bangsa atau kumpulan-kumpulan ugama, dan hendaklah memajukan segala kegiatan Bangsa-Bangsa
Bersatu demi memelihara keamanan.
- Ibu-bapa mempunyai hak terdahulu untuk memilih jenis pelajaran yang akan diberikan
kepada anak-anak mereka.
Perkara 27.
- Setiap orang berhak secara bebas mengambil bahagian dalam kegiatan kebudayaan
masyarakatnya, menikmati kesenian dan sama-sama merasai kemajuan sains dan
faedah-faedahnya.
- Setiap orang adalah berhak kepada perlindungan kepentingan-kepentingan moral dan
kebendaan hasil dari sebarang penghasilan sains, kesusasteraan atau kesenian yang mana
ianya adalah penciptanya.
Perkara 28.
Setiap orang adalah berhak kepada suatu susunan sosial dan antarabangsa dalam mana
hak-hak asasi dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan ini boleh dijadikan
kenyataan sepenuhnya.
Perkara 29.
- Setiap orang mempunyai kewajipan terhadap masyarakat hanya dalam mana perkembangan
keperibadiannya secara bebas dan seluruhnya termungkin.
- Dalam mengamalkan hak-hak dan kebebasannya, setiap orang tertakluk hanya kepada
batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh undang-undang semata-mata bagi tujuan
menjamin pengiktirafan dan penghormatan yang sepatutnya terhadap hak-hak dan kebebasan
orang lain dan untuk mendekati keperluan-keperluan sepatutnya bagi akhlak, ketenteraman
awam dan kebajikan umum dalam suatu masyarakat yang demokratik.
- Hak-hak dan kebebasan ini tidak boleh sama sekali diamalkan secara bertentangan dengan
tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip Bangsa-Bangsa Bersatu.
Perkara 30.
Tiada apa-apa jua dalam Perisytiharan ini boleh ditafsirkan sebagi sedia tersirat
memberikan kepada mana-mana negara, kumpulan atau perseorangen sebarang hak untuk
melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan atau melakukan apa-apa perbuatan dengan tujuan
memusnahkan apa-apa hak dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan ini.